Best Thing In The Internet

10:37 AM 0 Comments

             Senang je jawapan dia adalah Google. Google merupakan search engine terbesar di dunia menjalankan kira-kira 3 billion search setiap hari. kenapa Google? Ia merupakan penunjuk jalan semasa kita berada di "alam maya" ini, sebagai contoh nak menerangkan konsep ini melalui dunia fizikal, apabila anda keluar daripada rumah mestilah anda mempunyai tujuaan atau tempat kemana anda ingin pergi dan anda perlu lah tahu bagaimana nak sampai ke tempat tersebut.

Selaku individu yang "hidup" di dunia maya ini, banyak tempat dan tujuan yang kita mahu capai. Sebagai contoh anda ingin mencari laman web(tempat) memaparkan tentang kereta lamborghini anda perlu lah dahulu pergi ke Google dan taip keyword 'lamborghini' dan google akan mencari untuk anda dimanakah laman web yang sesuai untuk anda. Mungkin ini terlalu simple dan anda sudahpon tahu bagaimana melakukannya dengan pantas cuma yang saya nak terangkan disini adalah peranan Google sebenarnya amat penting bila anda berada di dunia maya ini. Akan tetapi banyak lagi ilmu yang diantara kita tidak tahu bagaimana nak me"maksima"kan carian melalui Google secara efektif.

 

Infografik di atas menerangkan secara ringkas bagaimana anda dapat memaksimakan pencarian anda melalui Google. Sebagai contoh yang selalu saya guna adalah mencari fail yang tertentu dengan tujuan menambah infomasi tentang bisnes. Apa yang saya lakukan adalah: 
Filetype:PDF How to start Online Business
 Jika anda lihat gambar di atas, saya diberikan banyak pilihan yang bersesuaian dengan tajuk akan apa yang saya mahukan dalam bentuk PDF. Dimana kebiasaannya file pdf ini merangkumi thesis atau infomasi teratur yang ditulis oleh individu tertentu iaitu ebook yang dapat saya simpan dalam perisian komputer saya untuk pembacaan lebih lanjut. Bukan sahaja pdf yang anda boleh cari malah file berbentuk Excel (xlsx) ataupon dalam Word (doc) dan macam2 bentuk file lagi.

Ini merupakan salah satu contoh yang dapat saya paparkan kepada anda, banyak lagi teknik dan tips yang di paparkan dalam Infografik diatas, apa yang perlu anda buat hanyalah baca dan cuba sendiri. Ini dapat mempercepatkan lagi proses pencarian anda di laman maya ini. Disebabkan fungsi-fungsi Google ini lah membuatkan ia sebagai perkara yang terbaik yang ada di Internet ini. Saya harap anda dapat kupas info ringkas saya ini dan memanfaatkan penggunaan Internet yang kita seharian. Terima Kasih.

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: