Best Thing In The Internet

             Senang je jawapan dia adalah Google. Google merupakan search engine terbesar di dunia menjalankan kira-kira 3 billion search setiap hari. kenapa Google? Ia merupakan penunjuk jalan semasa kita berada di "alam maya" ini, sebagai contoh nak menerangkan konsep ini melalui dunia fizikal, apabila anda keluar daripada rumah mestilah anda mempunyai tujuaan atau tempat kemana anda ingin pergi dan anda perlu lah tahu bagaimana nak sampai ke tempat tersebut.

Selaku individu yang "hidup" di dunia maya ini, banyak tempat dan tujuan yang kita mahu capai. Sebagai contoh anda ingin mencari laman web(tempat) memaparkan tentang kereta lamborghini anda perlu lah dahulu pergi ke Google dan taip keyword 'lamborghini' dan google akan mencari untuk anda dimanakah laman web yang sesuai untuk anda. Mungkin ini terlalu simple dan anda sudahpon tahu bagaimana melakukannya dengan pantas cuma yang saya nak terangkan disini adalah peranan Google sebenarnya amat penting bila anda berada di dunia maya ini. Akan tetapi banyak lagi ilmu yang diantara kita tidak tahu bagaimana nak me"maksima"kan carian melalui Google secara efektif.

 

Infografik di atas menerangkan secara ringkas bagaimana anda dapat memaksimakan pencarian anda melalui Google. Sebagai contoh yang selalu saya guna adalah mencari fail yang tertentu dengan tujuan menambah infomasi tentang bisnes. Apa yang saya lakukan adalah: 
Filetype:PDF How to start Online Business
 Jika anda lihat gambar di atas, saya diberikan banyak pilihan yang bersesuaian dengan tajuk akan apa yang saya mahukan dalam bentuk PDF. Dimana kebiasaannya file pdf ini merangkumi thesis atau infomasi teratur yang ditulis oleh individu tertentu iaitu ebook yang dapat saya simpan dalam perisian komputer saya untuk pembacaan lebih lanjut. Bukan sahaja pdf yang anda boleh cari malah file berbentuk Excel (xlsx) ataupon dalam Word (doc) dan macam2 bentuk file lagi.

Ini merupakan salah satu contoh yang dapat saya paparkan kepada anda, banyak lagi teknik dan tips yang di paparkan dalam Infografik diatas, apa yang perlu anda buat hanyalah baca dan cuba sendiri. Ini dapat mempercepatkan lagi proses pencarian anda di laman maya ini. Disebabkan fungsi-fungsi Google ini lah membuatkan ia sebagai perkara yang terbaik yang ada di Internet ini. Saya harap anda dapat kupas info ringkas saya ini dan memanfaatkan penggunaan Internet yang kita seharian. Terima Kasih.

Intro


Assalamualaikum,

Saya Balyan Adha sebagaimana anda dapat lihat gambar saya disebelah semasa graduasi di Uitm Pulau Pinang berumur 26 tahun. Sekarang mula berjinak-jinak nak mendalami ilmu bisnes sama ada fizikal ataupun melalui internet. Sebenarnya banyak mentor atau tempat mencari ilmu ada di sekeliling kita sebagai contoh di malaysia kita ada Azizan Osman selaku pakar marketing kita ada Irfan Khairi selaku pakar internet business, luar negara pula kita ada Robin Sharma, Tony Robbin, Richard Brandson selaku pakar kewangan dan motivasi, cuma keinginan untuk belajar dan mendalami ilmu bisnes tu teramat penting bagi setiap individu bagi tujuan utama untuk menambah nilai hidup diri sendiri mahupon orang sekeliling kita selain bagi meningkatkan kewangan masing-masing.

Berbalik kepada intro, mengapa saya petik Intersty ? Ini adalah kombinasi antara "Internet" dan "Style". Internet merupakan alam maya yang di cipta oleh manusia untuk berhubung diantara satu sama lain dimana dimensi nya tidak mempunyai jarak, sebagai contoh kita boleh berhubung dgn org luar negara melaui platform disediakan di internet seperti Facebook, Blog dan lain2 dengan hanya menerusi komputer dan smartphone."Style" pula merupakan gaya interaksi di dunia maya ini juga berbeza bagi setiap insan, ada yang suka kan hiburan, infomasi terkini, fashion, motivasi dan macam2 lagi. Bagi saya pula gaya penulisan saya ini lebih kepada info berguna yang boleh saya kupas daripada Internet ini khas ditujukan oleh anda supaya dapat membantu menambah nilai hidup anda dan juga meraka sekeliling anda.